Jabatan Pentadbiran adalah sebuah Jabatan di Kementerian Hal
Ehwal Ugama yang telah ditubuhkan pada 21 Oktober 1986. Jabatan ini merupakan pusat
pergerakan pentadbiran Kementerian Hal Ehwal Ugama yang diketuai oleh Pengarah
Pentadbiran. Pengarah Pentadbiran bertanggungjawab kepada Setiausaha Tetap Kementerian Hal
Ehwal Ugama dalam hal ehwal pengurusan dan aktiviti-aktiviti Jabatan Pentadbiran.
Di dalam melaksanakan peranan dan fungsinya, Jabatan Pentadbiran berpandukan kepada
misinya iaitu:
"Memberikan perkhidmatan dan bantuan yang efisyen dalam
hal ehwal pengurusan sumber manusia, kewangan, pemeliharaan dan pembangunan, penyelidikan,
perancangan latihan dan teknologi maklumat supaya Kementerian Hal Ehwal Ugama dan
Jabatan-Jabatan di bawahnya dapat menjalankan peranan dan tanggungjawab dengan berjaya dan
berkesan."