 |

Latihan dalam perkhidmatan
- Semua permohonan latihan akan dimaklumkan penerimaannya
dan perkembangan selanjutnya akan diberitahu dua minggu dari tarikh diterima setiap
tiga bulan.
- Segala dokumen yang diterima dijamin selamat dan dirahsiakan.
- Laporan yang disediakan adalah objektif, professional serta
dijamin adil dan saksama tanpa prasangka.
- Menyediakan garispandu Latihan Dalam Perkhidmatan untuk
dipakai dalam memproses permohonan Latihan Dalam Perkhidmatan Pegawai dan Kakitangan
Kementerian Hal Ehwal Ugama dan jabatan-jabatan di dalamnya.
- Memproses permohonan-permohonan Latihan Dalam Perkhidmatan
Pegawai dan Kakitangan yang didokong oleh dokumen-dokumen yang lengkap dan tepat
untuk diputuskan oleh Jawatankuasa Perkembangan Sumber Tenaga Manusia dalam tempoh
dua minggu.
- Menghadapkan sokongan-sokongan Jawatankuasa Perkembangan
Sumber Tenaga Manusia mengenai permohonanpermohonan Latihan Dalam Perkhidmatan Pegawai
dan Kakitangan ke Jabatan Perkhidmatan Awam dalam tempoh dua minggu.
- Mengeluarkan iklan tawaran Latihan Dalam Perkhidmatan beserta
dengan dokumen-dokumen yang mendokong seperti surat keliling Jabatan Perdana Menteri
atau Jabatan Perkhidmatan Awam mengenai Latihan Dalam Perkhidmatan pada bulan Januari
- Februari setiap tahun.
- Permohonan yang tidak lengkap dan tepat akan dikembalikan
dengan serta merta.
- Mempastikan tindakan-tindakan susulan diambil bagi mempastikan
setiap latihan mencapai objektif.
- Menjadikan Jawatankuasa Perkembangan Sumber Tenaga Manusia
wadah yang autoritatif dalam merancang, membangun dan mengurus sumber tenaga manusia
Kementerian Hal Ehwal Ugama.
|