Teknologi Maklumat

  • Mengadakan mesyuarat Kumpulan Tindakan Pandu Projek Komputer dan Jawatankuasa Teknologi Maklumat Kementerian Hal Ehwal Ugama sekurang-kurangnya satu bulan sekai.

  • Projek Mini Komputer Kementerian Hal Ehwal Ugama yang sedang dirancang akan dapat dilaksanakan setelah bangunan baru Kementerian Hal Ehwal Ugama siap dipindahi.

  • Merancang untuk melaksanakan Laman (Homepage) Kementerian Hal Ehwal Ugama yang akan diisikan dengan maklumat-maklumat Kementerian Hal Ehwal Ugama dan seterusnya hal ehwal perkembangan Islam di Negara Brunei Darussalam.

  • Menyediakan sistem-sistem maklumat berkomputer dengan kerjasama dari Jabatan Teknologi Maklumat, Kementerian Hal Ehwal Ugama bagi tempoh 6 bulan setiap sistem iaitu tertakluk kepada jumlah data maklumat yang dikumpulkan.

  • Memproses permohonan Personal Computer (PC) dari Kementerian Hal Ehwal Ugama dan Jabatan-Jabatan di dalamnya untuk dibawa ke mesyuarat Jawatankuasa Teknologi Maklumat dengan dokumen dan sokongan-sokongan yang lengkap dan teratur setelah diteliti oleh Kumpulan Tindakan Pandu Projek Komputer, Kementerian Hal Ehwal Ugama.

  • Menghadapkan permohonan PC ke Jabatan Teknologi Maklumat dan Stor Negara stelah dimesyuaratkan oleh Jawatankuasa Teknologi Maklumat dalam tempoh 3 hari.

  • Semua permohonan PC samada diluluskan atau tidak oleh Jawatankuasa Teknologi Maklumat akan dimaklumkan kepada pemohon dalam tempoh tiga hari selepas permesyuaratan.

  • Permohonan PC yang diluluskan atau tidak oleh Jabatan Teknologi Maklumat dan Stor Negara, Kementerian Kewangan akan dimaklumkan kepada pemohon sebaik-baik sahaja keputusan berkenaan diterima oleh Unit Teknologi Maklumat, Kementerian Hal Ehwal Ugama.

  • Merancang untuk mengadakan latihan komputer bagi pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Hal Ehwal Ugama sekurang-kurangnya setiap pegawai akan mengetahui perkara asas penggunaan komputer.


||
Misi | Penubuhan Jawatankuasa | Peranan | Keanggotaan | Fungsi Utama | Piagam Pelanggan | Struktur Organisasi | Rancangan & Aktibiti | Maklumbalas ||

||
Home | Government | Ministries and Departments | About Brunei | On-line News | Important Contacts | Related Sites ||