Perkhidmatan kewangan

  • Proses pembayaran bil-bil yang tidak menimbulkan sebarang masalah berbangkit akan dibuat dalam masa tiga hari.

  • Memberikan perkhidmatan kounter yang cekap, jujur, amanah, mesra dan selesa.

  • Mempastikan baucer-baucer untuk semua jenis pembayaran disediakan dengan tepat dan diproses untuk pembayaran dalam tempoh tiga hari dari tarikh tuntutan diterima.

  • Mempastikan pembayaran bonus tahunan kakitangan dibuat dalam tempoh yang ditetapkan.

  • Mempastikan permohonan pinjaman perumahan dan kenderaan yang didokong oleh dokumen-dokumen yang lengkap dan tepat diproses dengan segera.

  • Mengeluarkan surat-surat tawaran selepas minit mesyuarat diluluskan dalam tempoh tiga hari.

  • Mesyuarat Lembaga Tawaran Kecil sekurang-kurangnya sekali sebulan.

  • Semua permohonan tender samada berjaya atau tidak akan diberi jawapan selepas Lembaga Tawaran Kecil membuat keputusan dalam tempoh tiga hari selepas mesyuarat.

  • Kaunter pembayaran akan dibuka:
    lsnin - Khamis dan Sabtu:
    Pagi : 08.00 - 11.00
    Petang : 02.00 - 03.30
  • Sistem beratur yang adil di kaunter pembayaran iaitu yang datang dulu akan diberi layanan dulu.

  • Semua pertanyaan mengenai bil akan diselesaikan dalam tempoh tidak melebihi satu hari.

  • Memastikan setiap jabatan akan menghantar baucer gaji bagi pekerja-pekerja bergaji hari ke Bahagian Kewangan, Jabatan Pentadbiran tidak lewat dari 15 haribulan setiap bulan.

  • Semua baucer gaji bagi pekerja-pekerja bergaji hari dari tiap-tiap jabatan yang teratur akan dihantar oleh Bahagian Kewangan, Jabatan Pentadbiran ke Jabatan Perkhidmatan Kewangan, Kementerian Kewangan pada tiap-tiap 16 haribulan setiap bulan untuk kebenaran.

  • Semua pembayaran gaji baqi pekerja-pekerja bergaji hari yang teratur akan dibuat tiap-tiap lharibulan setiap bulan di Bahagian Kewangan, Jabatan Pentadbiran.

  • Pembayaran elaun-elaun akan dibuat dalam tempoh 1 minggu selepas menerima cek dari Jabatan Perkhidmatan Kewangan.

  • Pembayaran elaun sara hidup menurut Surat Keliling Jabatan Perdana Menteri bilangan 18/1995, 611997 dan 711997 bagi pegawai-pegawai yang menghadiri program-program latihan dan kursus jangka pendek atau dihantar bertugas atau menghadiri persidangan atau mesyuarat di luar negeri akan dapat diuruskan dalam tempoh satu hingga dua hari setelah mendapatkan kebenaran atau kelulusan dari Kementerian Kewangan.


||
Misi | Penubuhan Jawatankuasa | Peranan | Keanggotaan | Fungsi Utama | Piagam Pelanggan | Struktur Organisasi | Rancangan & Aktibiti | Maklumbalas ||

||
Home | Government | Ministries and Departments | About Brunei | On-line News | Important Contacts | Related Sites ||